Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Tip hadapi cinta ditolak:

1) JANGAN MENYALAHKAN DIRI SENDIRI
- Jangan biarkan diri anda terjebak pd perasaan bersalah, cuba menerima dan memahami penolakan itu dan anda tidak akan berasa rugi meskipun si dia tidak menjadi milik anda secara mutlak. Seterusnya mencuba membuka pintu hati anda untuk insan yg benar telus dlm mencintai anda.

2) BERGEMBIRA
- Jangan sesekali bersedih andai cinta ditolak si dia. Daripada anda terus bersedih lebih baik mencari alternatif lain utk bergembira dan keluar beramai2 dgn kenalan atau teman2 yg lain utk mengatasi kekecewaan anda itu. Dgn ini mungkin dpt mengubat luka di hati.

3) BERHENTI MENGINGATI SI DIA
- Jangan membaca secara berulang e-mel, SMS, Facebook atau Twitter si dia ketika anda tidak lg bersama si dia dgn harapan yg tinggi utk memiliki dan menawan hatinya. Aktiviti seperti ini hanya akan nenambah luja di hati dan membuang masa lapang anda dgn mengingati sesuatu yg sudah pasti bukan milik anda lagi. Daripada terus mengingatinya sedangkan dia tidak, lebih baik anda mencari aktiviti yg menarik seperti bersukan, menonton filem kesukaan anda, membeli belah dan berhentilah mengharapkan si dia utk menerima anda.

4) AMBIL MASA
- Mula mengorak langkah dgn berkenalan dgn lebih ramai lg dan jgn mengulangi kesilapan lalu. Andai anda tersilap langkah, mungkin hati anda terguris lg dan pisang berbuah dua kali. Berkenalan dan mengenali hatinya terlebih dulu dan cuba mendalami hati seseorang itu barulah anda menyatakan hasrat hati yg sebenar.

5) PASRAH DAN REDA
- Sekali lagi, sedarilah bahawa penolakan bukan pengakhiran segalanya. Percayalah pengalaman memberikan penghargaan berharga buat anda dan percaya pada diri bahawa satu hari nanti abda akan mendapat seseorang yg lebih baik. Pasrah bahawa si dia tidak akan menjadi milik anda dan reda dgn ketentuan Ilahi yg merencanakan. Jangan membiarkan perasaan sakit hati. terus menguasai anda kerana hal ini akan lebih menyeksa anda.

Sumber: Harian Metro - 23 Mac 2013

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan