Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Hari Ibu....

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.....

May be dah lambat MS nak update tentang hari ibu ni.... Sebenarnya dari kecil mak MS tak pernah ajar MS pasal Hari Ibu dan MS sendiri pun tak ambik kisah bila tarikh sebenar Hari Ibu... Yang MS tahu dalam bulan Mei, itu aja.

Bukan MS tak pernah hargai mak MS tapi bagi MS setiap saat dan hari adalah untuk mak MS. Baik ketika suka or duka. May be mak MS pun sama fikir camtu, anak-anak sentiasa bersama dia bila diperlukan.

Biarpun kini MS dah bersuami, mak tetap diutamakan. Apa saja kehendak mak akan MS cuba sedaya upaya tunaikan. Macamana mak tunaikan segala kehendak MS dulu. Yang pastinya kaaih sayang MS kepada mak tak pernah berubah dan selamanya mak adalah segalanya.

Sejak MS dah ada anak ni baru MS tahu bila Hari Ibu sebab anak akan wish bila abah diorang ingatkan diorang. MS biasa saja sebab MS tahu anak-anak MS memang sentiasa sayang MS. Yang kelakarnya bila Azim wish Selamat Hari Ibu dan Afif pula akan cakap salah.... Sebenarnya Selamat Hari Ma.... Untuk anak-anak MS biarpun mak, mama, mummy, ibu atau ummi sama saja....

Kepada mak biarpun kita dah biasa berjauhan mak tetap dihati Da disini. Setiap minggu laporan akan sampai pada mak dan mak akan report semua kejadian yang telah berlaku di kampung dan khabar anak, cucu-cucu dan menantu mak sentiasa mak tahu.... Kalau tidak tak lengkap rasanya hidup ini....

Jauh di mata tetap dekat dihati anakmu ini....


Sayang ma.... Kata Aqif....

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan