Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Selamat Berpuasa....

Dah plan ke rasa kat mana.... Balik kampung or rumah sendiri.... Mulalah difikir bila dah 2 minggu puasa ni.... Nak cari masa pi shopping lagi.... Serabut rasanya, tapi yang penting ibadah diutamakan....

MS tahun ni dalam dilema nak beraya di mana sebab selalunya ikut turn jer. Tapi tahun ni sebaliknya selepas arwah ayah tiada... Kesian pulak dekat mak bila kita still ikut turn jugak....

Sepatutnya tahun ni MS raya kat Perak tapi Honey cakap kita raya kat Kedah sebab kesian mak. Tapi sebaliknya pulak sebab bapa mentua pun tak sihat. So, adik Honey minta semua adik beradik Honey beraya di Perak.

Masalah kitorang memang duduk Perak, memang tiap2 minggu kitorang balik buka puasa di kampung Honey. Honey pun sekarang dalam dilema, MS pun tak berani nak call mak sebab takut nak berjanji dgn dia. Serba-salah jadinya.... Tunggu jelah dekat2 nak raya nanti, tengok macamana nanti...

Selamat Berbuka yer....;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan