Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

RAYA 2013

Lambat betul nak update blog ni... Bukan tak da bahan tapi masa dan keadaan tak mengizinkan...

Tahun ni MS beraya di Jitra, Kedah. Kitorg balik kampung pun dah hari Rabu, dapatlah berbuka dengan mak and family kat sana. Nasiblah kakak MS balik malam sebelum tu, dapatlah dia pegi beli barang dulu. Kalau tunggu MS, maunya habis semuanya ayam kat market tu.

MS sampai Jitra pukul 12 tgh selepas 5 jam perjalanan dari Teluk Intan. Sesampai jer lepas zohor terus keluar pegi Pekan Jitra cari barang yang perlu lagi. Nak mengelakkan kesesakan kat Jitra tu, kami pergi C-Mart baru kat depan POLIMAS tu. Memang masih baru lagi, dapatlah water container, set gelas dan balang kuih untuk mak.

Ingat nak pegi C-Mart jer sampai jugak YAWATA, cari songkok Azim & Afif ( bila try malam sebelum balik Kedah dah muat songkok si Afif ni ). Memang songkok banyak tapi masalahnya diorang tak ikut pulak (biasalah bila kat kampung dah jumpa sepupu diorang tak nak gerak mana dah). Kenalah kuar lagi malam tu....

Balik rumah dah pukul 6.30 ptg, tengok mak dgn kakak dah siap masak. MS time nilah baru nak cari barang dan dapat merasa masakan mak.

Lepas berbuka, bebudak tu dah sibuk nak main bunga api. Adalah stok bunga api dan mercun 'telur naga', anak buah beli dengan kawan dia. Selalunya bab2 bunga api dan mercun ni arwah ayah yang dah siap simpan stok untuk cucu2nya. Tapi tahun kami kena cari sendiri. Sedih pulak bila dengar mercun terus ingat arwah ayah sebab dia akan duduk kat luar tunggu cucu2nya main bunga api dan mercun.

Dah habis main bunga api bagai, lepas solat terus bersiap pergi cari songkok pulak. Kali ni plan pergi Uptown Stadium Alor Setar. Sampai sana mak ramainya orang, jenuh cari parking. Masuk je dalam uptown tu nak tengok barang pun susah apa lagi nak jalan. Just masuk beli songkok je dan kakak MS dapat jugak t-shirt 2-3 helai. MS pun dapatlah shawl selai. Dah pekena bihun sup terus balik, ingat nak singgah ekspo kat YAWATA tapi anak2 semua dah tido pulak.

Di pagi raya selepas solat raya dan bermaaf-maafan terus ke kubur arwah ayah. Itu target utama MS nak ke kubur semasa sampai rumah lagi tapi mak kata abang dah bersihkan kubur arwah ayah.

Selepas tu semua sibuk nak makan pulak... Mak buat mee rebus, memang ini menu wajip mak di hari raya. Walaupun mak masih dalam edah mak tetap masak untuk kitorang. Ketupat palas mak tambah lagi malam raya tu, memang tau mesti tak cukup sebab lepas berbuka pun dah tinggal separuh kalau tak hari raya tinggal daun palas ja.... Tak sempat orang lain merasa.

Beberapa gambar kenangan di hari raya pertama dan kedua....







Salam ribuan kemaafan kepada sesiapa yang mengenali diri ni dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua... ( masih dalam mood raya walaupun dah mula kerja )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan