Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

CNI Global Grand Launch

Mungkin ini langkah pertama menghadiri Majlis Pelancaran CNI Global yg mana baru dilancarkan pada Julai 2013.

May be MS ni antara insan terpilih... (ya ka... Kebetulan my cousin yg ajak) MS ikut jelah, mana tahu inilah peluang MS menambah pendapatan sampingan dan dapat dikongsi bersama geng blogger sekalian.

Zaman sekarang, IT menjadi keutamaan... So, tak perlu jumpa pun tapi kita boleh sama2 berkongsi ilmu. Mula2 memang sukar nak mulakan, tapi setiap apa yg kita dpt tak dtg dgn mudah kecuali dgn usaha.

Usaha MS bermula dari sini dan MS akan kongsikan di sini dengan setiap usaha yg dimulakan.

Cabaran pertama MS, suami tak brp nak bagi MS pegi hari ni... Tapi dia tolong hantarkan MS ke rumah my cousin. Harap2 berbaloi dgn langkah pertama ni.... Doakan yg terbaik....


past 4 guest


with my cousin


first step

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2013

Mai kenal dengan AYUINSYIRAH ni dengan join segmen ni......

MS kenal beliau melalui segmen 1st mama dan malam ni baru sempat membelek blog MS ni.

Jom join segmen ni sebab senang dan mudah sesangat untuk kita yang memang mencari masa untuk BW ni.

Syarat-syaratnya boleh diikuti dengan meng'klik' gambar bunga ros dibawah ni... Bunga kesukaan Ayu.


ayuinsyirah



















Akal Azim

Tadi MS suruh la Azim ni baca buku selepas kemas jadual untuk esok... Merajuk jugalah dia sebab paksa, habis tu tak paksa tak buat. Dah cuti 3 hari ni dia nak tengok kartun aja....

Memang la dia baca tapi kejap benor.... Tetiba senyap ja, tengok2 dia dah tido... Tapi tak palah dia baca juga tadi. Azim bukan tak boleh tapi malasnya lebih bila bab2 mmbaca ni. Cuba suruh melukis dan mewarna, laju dia buat. Memang kena banyak sabor dengan Azim ni.... Sesikit je nak merajuk mengalahkan pompuan (ya ka sebab belum ada anak pompuan lagi).

Apa2 pun memang hari2 kena paksa dan mengadap dia baca buku walaupun 1 @ 2 m/surat. Kalau tak dia buat tak peduli ja dengan buku2 dia tu...


" Segmen 1st Mama "

 

Meh ramai-ramai join segmen mama ni.. senang ja sebab mudah so MS pun join. Just copy n click ja dah siap entry ni....

Salam perkenalan Norhasniza Khalid, semoga berjaya dalam segmen ni dah ramai yang join yer.

Nak join klik ja SINI
 
 
 

WEEKEND YANG BUSY

Salam bahagia semua....

Orang lain seronok bila dapat cuti bersambung weekend dan Hari Malaysia, tapi MS pening memikirkan apa yang nak dibuat dulu dalam tempoh bercuti ni. Mau tak serabut kepala ni sebabnya start kerja Selasa ni audit masuk ofis. Udahlah busy betul minggu ni, tetiba dapat faks senarai dokumen yang diperlukan oleh audit next week. Nak muntah pun ada sebab banyak benda yang nak ditengok sebelum bagi audit.

Disebabkan Honey tak keja tadi MS heret semua anak-beranak berkampung di ofis hari ni. Sebelum tu belanja diorang makan roti bom dulu, lepas tu melepak kat ofis sambil MS buat keja diorang buat hal sendiri. Honey biasalah baca paper, Azim layan internet kat laptop, Afif dan Aqif main sesama diorang.

Siap minta tolong Honey susun report lagi, kesian pulak. Tak pasal-pasal kena buat keja bini pulak, habis tu nak minta tolong sapa lagi kan. Nasiblah dia pun OK sebab memang tengah free. Sampai pukul 4 petang jugak melepak kat ofis tu. Tengahari siap pergi kenduri yang kat situ, pastu sambung balik buat keja kat ofis. Dapatlah jugak MS siapkan banyak kerja terbengkalai sebelum ni (Itulah lain kali buat keja bagi habis). Keja tak habis tu, cuma tak masuk dokumen dalam fail ja bukan tak buat keja.

Sebelum balik tu kutip juga fail-fail yang perlu ditengok dulu sebelum bagi audit. Satu kotak A4 jugak yang dibawa balik. So, nampak gayanya MS tak cutilah walaupun duduk kat rumah. Inilah nasib badan dan redha ja sebab orang lain boleh jejalan time cuti ni tapi kita sebaliknya. Sabar jelah EDDA oiiii...

 Teringin nak bercuti macam ni lagi.....


Ragam Anak-anak MS

Bebudak ni kekadang ada ragam diorang sama ada yang tidak.

Sama bagi MS adalah sesama diorang sebab my sons 3 orang iaitu Abang, Boy dan Adik. Ini panggilan diorang... Adik ni banyak mengikut perangai Abang dan Boy ni lain sikit perangainya.

Adik memang suka bila ada buku warna... Dia suka mewarna dan kekadang tu melukis ( cara dia). Kalau ditengok Abang pun memang ke arah itu juga tetapi kurang membaca.

Boy pulak tak minat mewarna dan melukis tetapi suka membaca. Bila umur diorang sudah 8, 6 dan 4 tahun ni baru boleh nampak minat sebenar diorang ni.

MS pernah hantar Abang ke Coloring Contest anjuran ColorArt
Teluk Intan semasa dia umur 5 tahun. Padahal masa tu ramai Chinese dan India saja tapi dia tak kisah, bersemangat lagi bila tengok ada hadiah besar kat depan. Walaupun dapat saguhati saja dia tak mengalah tapi nak cuba lagi tahun berikutnya.

Asal ada contest mewarna mesti dia nak masuk... Sampai bukan anjuran sekolah pun nak pergi juga. Last MS hantar masa pertandingan memancing udang di tepi sungai perak, teluk intan. Abang dengan Boy masuk dan Adik nak masuk juga tetapi umur belum cukup. Dapatlah cenderahati dari BH dan color free.



Di rumah tak payah cakaplah buku color memang banyak.... Yang banyaknya gambar Ultraman dan Ben10. Abang sanggup bila habis jer terus ajak pegi Giant nak cari buku color baru. Bukan beli satu tetapi 3, itu yang malas sebab Boy tak minat tapi nak juga.... Nak simpan pun tak tau mana dah dan color pun nak berbagai.
Bila untuk diorang nak belajar boleh aja dari main yang entah apa2. Janji diorang tak bergaduh dan nangis udah....


Ragam Adik

Fakta Hari Ini (09/09/2013)

Satu kajian mendapati lelaki cenderung untuk menggunakan nada suara rendah ketika berbicara dengan orang yang dicintainya tetapi perempuan pula sebaliknya.

Sumber : BH 090913