Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

Ragam Anak-anak MS

Bebudak ni kekadang ada ragam diorang sama ada yang tidak.

Sama bagi MS adalah sesama diorang sebab my sons 3 orang iaitu Abang, Boy dan Adik. Ini panggilan diorang... Adik ni banyak mengikut perangai Abang dan Boy ni lain sikit perangainya.

Adik memang suka bila ada buku warna... Dia suka mewarna dan kekadang tu melukis ( cara dia). Kalau ditengok Abang pun memang ke arah itu juga tetapi kurang membaca.

Boy pulak tak minat mewarna dan melukis tetapi suka membaca. Bila umur diorang sudah 8, 6 dan 4 tahun ni baru boleh nampak minat sebenar diorang ni.

MS pernah hantar Abang ke Coloring Contest anjuran ColorArt
Teluk Intan semasa dia umur 5 tahun. Padahal masa tu ramai Chinese dan India saja tapi dia tak kisah, bersemangat lagi bila tengok ada hadiah besar kat depan. Walaupun dapat saguhati saja dia tak mengalah tapi nak cuba lagi tahun berikutnya.

Asal ada contest mewarna mesti dia nak masuk... Sampai bukan anjuran sekolah pun nak pergi juga. Last MS hantar masa pertandingan memancing udang di tepi sungai perak, teluk intan. Abang dengan Boy masuk dan Adik nak masuk juga tetapi umur belum cukup. Dapatlah cenderahati dari BH dan color free.



Di rumah tak payah cakaplah buku color memang banyak.... Yang banyaknya gambar Ultraman dan Ben10. Abang sanggup bila habis jer terus ajak pegi Giant nak cari buku color baru. Bukan beli satu tetapi 3, itu yang malas sebab Boy tak minat tapi nak juga.... Nak simpan pun tak tau mana dah dan color pun nak berbagai.
Bila untuk diorang nak belajar boleh aja dari main yang entah apa2. Janji diorang tak bergaduh dan nangis udah....


Ragam Adik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan