Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

WEEKEND YANG BUSY

Salam bahagia semua....

Orang lain seronok bila dapat cuti bersambung weekend dan Hari Malaysia, tapi MS pening memikirkan apa yang nak dibuat dulu dalam tempoh bercuti ni. Mau tak serabut kepala ni sebabnya start kerja Selasa ni audit masuk ofis. Udahlah busy betul minggu ni, tetiba dapat faks senarai dokumen yang diperlukan oleh audit next week. Nak muntah pun ada sebab banyak benda yang nak ditengok sebelum bagi audit.

Disebabkan Honey tak keja tadi MS heret semua anak-beranak berkampung di ofis hari ni. Sebelum tu belanja diorang makan roti bom dulu, lepas tu melepak kat ofis sambil MS buat keja diorang buat hal sendiri. Honey biasalah baca paper, Azim layan internet kat laptop, Afif dan Aqif main sesama diorang.

Siap minta tolong Honey susun report lagi, kesian pulak. Tak pasal-pasal kena buat keja bini pulak, habis tu nak minta tolong sapa lagi kan. Nasiblah dia pun OK sebab memang tengah free. Sampai pukul 4 petang jugak melepak kat ofis tu. Tengahari siap pergi kenduri yang kat situ, pastu sambung balik buat keja kat ofis. Dapatlah jugak MS siapkan banyak kerja terbengkalai sebelum ni (Itulah lain kali buat keja bagi habis). Keja tak habis tu, cuma tak masuk dokumen dalam fail ja bukan tak buat keja.

Sebelum balik tu kutip juga fail-fail yang perlu ditengok dulu sebelum bagi audit. Satu kotak A4 jugak yang dibawa balik. So, nampak gayanya MS tak cutilah walaupun duduk kat rumah. Inilah nasib badan dan redha ja sebab orang lain boleh jejalan time cuti ni tapi kita sebaliknya. Sabar jelah EDDA oiiii...

 Teringin nak bercuti macam ni lagi.....


2 ulasan:

aswadz berkata...

rajin nyer masuk ofis time cuti. nnt claim OT ye.

M@M@ SH@RIDZ berkata...

OT... tak boleh claim. janji tak banyak query audit ja.... baru hati tenang...

Catat Ulasan