Selamat Datang Dan Terima Kasih Kerana Sudi Menjenguk Blog Yang Tak Seberapa Ini........

TEMAN MESRA BLOG NI

U My Husband Not My Boyfriend

Kenapa ya... may be ini yang u all fikir.

MS ada jawapannya....

Ini hanya berkaitan diri MS dan tak berkaitan dengan sesapa pun sebab ini yang MS rungkai apa yang MS hadapi. Sebenarnya tak semua perkara MS boleh kongsi dengan my husband, may be orang lain boleh sebabnya itu hak masing-masing.

MS kenal my husband 2 tahun sebelum kami putuskan untuk berkahwin pada tahun 2004 dan Alhamdullillah hingga sekarang bahagia dengan 3 orang hero. Berbalik kepada tajuk entry kali ni adalah semasa kita ber'boyfriend-girlfriend' segalanya diceritakan. Sanggup bergayut berjam-jam dan bil telefon juga ber'tingket-tingket'. Padahal hari-hari kalau boleh nak jumpa, sebelum masuk kerja dan balik kerja, kekadang time makan malam.

La ni sejak dah 9 tahun kahwin dan tidur sekatil ni, nak telefon pun malas, SMS pun kekadang jer. MS ni jenis malas nak cakap banyak kali dan kalau hati den sakit memang sanggup tak bercakap berhari-hari. Hal penting jer nak dibincang, yang tak penting kemudian hari kita bincang.

Ada juga kawan satu ofis tersentap dengan sikap MS tetiba jer diam dan buat hal sendiri tanpa bersuara (sorry yer kekawan, hati den tak de sapa pula nak jaga kalau bukan den sendiri). Apa boleh buat memang mood kureng hari tu, nak kongsi masalah sebab dah tak de boyfriend sebabnya my husband ni pun MS rasa bukan semua perkara boleh dikongsi dengan dia.

Tapi my husband dah faham dengan perangai MS ni, yelah dah 9 tahun hidup sebumbung takkan tak faham lagi perangai bini. Dia tak akan paksa MS bersuara sehingga MS sendiri yang akan cerita apa yang perlu MS perlu dia tahu.

Macam-macamkan, kalau itu bukan masalah u all baik buat tak kisah jer.

Selamat bersantai bersama keluarga tersayang.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan